Apakah Itu EKSA?
EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Ia diterajui oleh pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia).
Eksa merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam dan bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi yang lebih berimej.
Apakah Faedah EKSA?
- Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti (bersih, kemas dan rapi)
- Meningkatkan kecekapan & berkesanan pengurusan organisasi
- Mengenalpasti, mengurang & menghapuskan pembaziran
- Meningkatkan imej agensi sektor awam
- Menjana idea kreatif dalam kalangan warga agensi
- Meningkatkan semangat “esprit de corp”
- Meningkatkan disiplin warga jabatan
- Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan
- Mewujudkan piawaian kerja yang jelas
Pengiktirafan EKSA di Majlis Perbandaran Penampang
Majlis Daerah Penampang telah diberi pengiktirafan EKSA daripada MAMPU pada 01 Oktober 2015
Dasar EKSA Majlis Perbandaran Penampang
“Membudayakan Pelaksanaan EKSA Melalui Penyediaan Persekitaran Kerja Yang Kondusif, Teratur Dan Ergonomik Bagi Menjana Kakitangan Yang Inovatif, Proaktif dan Efisyen”
Slogan EKSA Majlis Perbandaran Penampang
“Ceria, Kemas Dan Selesa”
Logo EKSA Majlis Perbandaran Penampang

