Apakah itu Lesen Perniagaan?
Setiap perniagaan mesti mendapat kelulusan dan lesen perniagaan yang sah. Lesen perniagaan atau “Trading Licence” adalah dokumen kerajaan Negeri Sabah yang dikeluarkan dibawah Ordinan Lesen Perniagaan 1948, Aktiviti lesen adalah dibawah kawalan Pihak Berkuasa Tempatan termasuklah Majlis Perbandaran Penampang yang diwujudkan sejak tahun 1958.
Oleh itu, jika anda berniaga, adalah diwajibkan untuk mendapatkan lesen perniagaan yang sah. Jika anda tinggal di Daerah Penampang, sila kunjungi Kaunter Perkhidmatan Pelesenan di Majlis Perbandaran Penampang.
Bagaimana Anda Memohon?
1. Permohonan Lesen Baru Majlis & Niaga
- 3 Borang Lesen Niaga & 3 Salinan Kad Pengenalan (Disahkan JPN)
- 3 Salinan Surat Perjanjian Sewa/Jual Beli daripada pemilik premis yang disahkan benar (Certified True Copy)
- 1 Salinan Resit Pembayaran Cukai Assesmen (Terkini)
- Salinan Dokumen Sokongan (Tertakluk jenis perniagaan dipohon)
2. Pembaharuan Lesen
- Aktiviti pembaharuan lesen perniagaan boleh dibuat dengan serta merta jika pemohon mempunyai lesen perniagaan, tiada nilai tunggakan lesen dan cukai pintu kedai pada tahun sebelumnya.
3. Pertukaran Nama/Alamat Perniagaan/Jenis Perniagaan/Hakmilik
- 3 Salinan Borang Notis Pemindahan Maklumat. (Borang boleh didapati di Pejabat Daerah Penampang)
- 2 Salinan Surat Perjanjian Sewa /Jual Beli yang disahkan benar (Certified True Copy)
- 1 Salinan Cukai Assesmen (Terkini)
Jenis-Jenis Permohonan Lesen
| Pusat Hiburan Awam | 1. Pub & Bar Lounge, Disco & Coffeehouse 2. Open Karaoke Lounge / MTV Room 3. Pusat Rekreasi Keluarga / KTV Room 4. Kedai Biliard (Billiard Saloon) 5. Pasar Ria / Pertunjukan Amal 6. Pusat Servis Internet | RM 300.00 RM 180.00 RM 10 p/mesin RM 1 p/kaki p’segi RM 55 p/mesin RM 30 p/mesin RM 5 p/mesin |
| Premis Makanan & Minuman (1 Lot) | 1. Kedai Makan & Minum 2. Memproses Makanan & Minuman 3. Gerai Sampingan 4. Mesin Runcit Air | RM 20.00 RM 20.00 RM 15.00 RM 30.00 |
| Kedai Dobi / Laundry | 1. Kedai Dobi / Laundry | RM 5.00 |
| Perniagaan Merbahaya | 1. Perniagaan Merbahaya / Offensive Trades | RM 5.00 |
| Pasar Am | 1. Sayur-Sayuran Runcit 2. Jualan Ikan/Khinzir 3. Daging Awam/Itik 4. Lesen/Sewa Gerai Makan | RM 10/10.00 RM 30/30.00 RM 30/30.00 RM 30/250.00 |
| Tamu Daerah | 1. Sewa Gerai / Harian 2. Penjaja Harian (Kanopi 10×10/10×15) | RM 10/2.00 RM 6/8.00 |
| Kedai Gunting/Keriting Rambut | 1. Beauty Care – berhawa dingin 2. Beauty Care – tanpa hawa dingin 3. Salon Unisex – berhawa dingin 4. Salon Unisex – tanpa berhawa dingin 5. Kedai Gunting Rambut | RM 10.00 RM 10.00 RM 5.00 RM 5.00 |
| Bayaran Proses bagi setiap permohonan | 1. Permohonan Baru setiap Syarikat 2. NPM Notis Pemindahan & Penambahan setiap perubahan maklumat lesen | RM 5.00 RM 5.00 |
| Kadar Lesen Peniagaan | 1. Kadar Lesen Perniagaan | RM 25.00 |
