Bahagian Penguatkuasaan bertanggungjawab dalam menguatkuasakan Ordinan/Enakmen/Undang-Undang Kecil yang sedang digunapakai oleh Majlis Perbandaran Penampang. Bahagian ini juga berperanan menjalankan siasatan terhadap aduan-aduan awam yang diterima antaranya:-
· Aduan Penjaja Haram/Peniaga Haram;
· Pembuangan Sampah Haram;
· Kenderaan Terbiar; dan
· Iklan Haram
Selain itu, antara operasi Bahagian Penguatkuasaan adalah seperti berikut:-
1. Penguatkuasaan dan pengawalan pembuangan sampah di merata-rata tempat secara haram;
2. Penguatkuasaan dan pengawalan ke atas penjaja-penjaja haram;
3. Menjalankan kerja-kerja perobohan rumah setinggan/bangunan haram
4. Penguatkuasaan dan pengawalan ke atas iklan-iklan haram;
5. Pengawalan tamu dan penjaja-penjaja harian;
6. Pengawasan kebersihan di dalam perkadaran Majlis;
7. Penyiasatan aduan awam;
8. Penyiasatan kedudukan rumah-rumah yang memohon pembekalan kemudahan air dan elektrik di atas tanah kerajaan dan perkampungan;
9. Menjalankan operasi bersepadu dengan jabatan-jabatan lain; dan
10. Memproses permohonan penggunaan kawasan lapang/kaki lima
