BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

Objektif

Memastikan wujudnya pematuhan syarat-syarat ataupun peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Penampang melalui Penguatkuasaan Ordinan/Undang-Undang Kecil/Peraturan/Polisi yang sedang digunapakai
Meningkatkan kesedaran awam ke arah perubahan sikap di kalangan masyarakat agar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang bersih dan sihat
Menjadikan daerah Penampang sebagai kawasan tempat tinggal, tempat kerja serta tempat menjalankan aktiviti rekreasi yang diakui selamat dan selesa oleh semua lapisan masyarakat
Memastikan Ordinan/Enakmen/Undang-Undang Kecil dapat dipatuhi melalui mekanisma pematuhan yang minima
Perhatian dan tindakan sewajarnya diambil untuk memastikan setiap aduan yang dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Penguatkuasaan telah diselesaikan dengan baik

Scroll to Top