Unit Operasi dan Kebersihan Pejabat
Melaksanakan pembersihan berkala bangunan Wisma Majlis Perbandaran Penampang & kawasan perkarangan Majlis termasuklah pejabat-pejabat, ruang lobi, koridor, bilik mesyuarat, pantri & tandas
Unit Sumber Manusia dan Personel
Mengurus hal ehwal perjawatan yang merangkumi pengambilan kakitangan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, menyelaras tindakan tatatertib serta pencen. Unit ini juga menyelaras penilaian prestasi tahunan pegawai & kakitangan Majlis
Unit Fail dan Pengurusan Mesyuarat
Mengurus surat menyurat, fail-fail utama Majlis termasuk pembukaan fail-fail baru, penyelenggaraan fail-fail sedia ada serta menyelaras pelupusan fail-fail tutup
Unit Aset dan Inventori
Mengurus semua aset-aset alih di bawah kawalan Majlis termasuk penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan serta kehilangan & hapuskira berdasarkan kepada Tatacara Pengurusan Aset Alih & Tatacara Pengurusan Stor yang berkuatkuasa
Unit Pengurusan Dewan dan Logistik
Mengurus penggunaan & pembersihan Dewan Masyarakat Tun Fuad Stephens, Dewan Sigah, Buhavan Square & Padang Majlis. Menyelaras penggunaan kenderaan pejabat Majlis
