FUNGSI UTAMA

Bahagian Penguatkuasaan bertanggungjawab dalam menguatkuasakan Ordinan/Enakmen/Undang-Undang Kecil yang sedang digunapakai oleh Majlis Perbandaran Penampang. Bahagian ini juga berperanan menjalankan siasatan terhadap aduan-aduan awam yang diterima antaranya:-

·         Aduan Penjaja Haram/Peniaga Haram;

·         Pembuangan Sampah Haram;

·         Kenderaan Terbiar; dan

·         Iklan Haram

Selain itu, antara operasi Bahagian Penguatkuasaan adalah seperti berikut:-

1.    Penguatkuasaan dan pengawalan pembuangan sampah di merata-rata tempat secara haram;

2.    Penguatkuasaan dan pengawalan ke atas penjaja-penjaja haram;

3.    Menjalankan kerja-kerja perobohan rumah setinggan/bangunan haram

4.    Penguatkuasaan dan pengawalan ke atas iklan-iklan haram;

5.    Pengawalan tamu dan penjaja-penjaja harian;

6.    Pengawasan kebersihan di dalam perkadaran Majlis;

7.    Penyiasatan aduan awam;

8.    Penyiasatan kedudukan rumah-rumah yang memohon pembekalan kemudahan air dan elektrik di atas tanah kerajaan dan perkampungan;

9.    Menjalankan operasi bersepadu dengan jabatan-jabatan lain; dan

10.  Memproses permohonan penggunaan kawasan lapang/kaki lima

Scroll to Top